La Tahzan !


Sesekali aku bersujud di tikar sejadah mu Ya Allah, hatiku sayu teringat
keagunganmu Ya Allah. Aku rindukan mu , rindukan syurga adninmu , dan segala kehebatan yang ada didalamnya.Ya Allah, hidup ini benarbenar perit. Sungguh memilukan. Ibarat meredah lautan api yang sangat dalam dan tiada penghujungnya.

Aku dilahirkan dalam pelbagai dugaan menimpa diriku yang lemah ini ya allah. Aku redha dengan dugaanmu ya allah. aku redha ya allah. aku benarbenar tidak sabar untuk menghadapmu ya allah , kerana aku adalah milik hakiki engkau. kemana engkau berikan aku di situlah aku akan kembalikan diri ku ini ya rabbi. Aku tidak punya masa yang cukup untukmu ya allah. Namun ,aku amat bersyukur dek nur dan hidayahmu menerusi seorang wanita yang sangat daku cintai , daku sayangi , daku rindu selama hidupku ini. Nur hidayahmu itulah yang mengubah seluruh hidupku ya fatta hu ya alim'.Aku berterima kasih kepadamu ya allah. Dugaanmu hadir dalam berbagai rupa.Kadangkala, aku terfikir sendiri,kenapa diri diuji dan terus diuji. sebabnya cuma satu. Allah sayangkan aku lebih dari insan yang lain.Kembalilah padaNya .Dan yakinlah setiap ujian itu pasti kebahagiaan menanti kita.Kerana janji allah itu pasti:)